Friday, January 29, 2010

minat aku terhadap nya



aku meminati bidang permotoran..aku juga pernah menyertai cup prix petronas sprinta yang dianjurkan di tempat aku..aku dikenali sebagai lermie ditempat aku..aku juga meminati kereta yang telah diubahsuai..namun aku kurang mendapat sokongan oleh keluarga aku dan aku menyertai nya secara senyap..begitu jua dengan buah hatiku..tidak membenarkan sama sekali apabila aku menyatakan niat aku untuk menceburi bidang ini secara serius..namun aku tetap dengan niatku itu..dengan galakan yang diberi oleh teman2 ku..aku langsung tidak mengendahkan larangan orang tua dan buah hati ku..aku teruskan niat aku itu..sekarang aku tidak lagi bergiat dalam bidang itu lagi kerna aku ingin menumpukan perhatian aku terhadap pelajaran ku..walaupun aku punyai masa depan yang cerah dalam bidang tersebut namun nasihat orang tua ku aku masih dapat menerimanya..


kerna bidang ini berbahaya aku dilarang menyertai nya namun semua itu adalah cabaran bagi diriku..aku meminati sukan yang penuh cabaran oleh itu orang disekeliling ku sering membimbangi diriku..kerna aku mempunyai penyakit..tapi aku mengendahkan semua itu demi minat aku ini..dengan sukan ini aku telah dapat menjelajah seluruh tanah air..aku ditaja oleh banyak pihak contoh nya petronas,yamaha dan toyo optical..aku mempunyai banyak kenangan manis ketika menyertai semua ini..pahit pun ada..tetapi aku dapat merasakan bahawa semua itu lumrah kehidupan..aku berasa sungguh beruntung kerna mendapat peluang yang sebegini kerna bukan semua orang yang mendapat kesempatan seperti ini dalam hidup mereka..

Tuesday, January 26, 2010

Hidup Sebagai Seorang Anak

aku bangga dengan ibubapa ku yang telah mengharungi pelbagai rintangan untuk membesarkan anak mereka yang nakal dan degil ini..terima kasih mak dan ayah..tanpa mereka aku tidak akan merasakan kehidupan ini..aku merupakan harapan mereka dan juga tanda kebanggaan mereka kerna aku adalah satu-satunya anak lelaki mereka yang asli namun aku mempunyai seorang adik lelaki angkat..

aku mempunyai 4 orang adik beradik termasuk dengan adik lelaki angkat aku itu..2 orang perempuan dan 2orang lelaki..anak sulung ENCIK ZAKARIA di beri nama N
UR FAUZANA BINTI ZAKARIA yang kini di semester terakhir dalam bidang perakaunan di sebuah institut pengajian tinggi swasta yang jauh dari kediaman kami..kakak ku yang sulung ini adalah tergolong dalam golongan ORANG KURANG UPAYA(OKU) namun dengan semangat yang waja dia menganggap dia adalah sama seperti orang biasa..kuat sungguh semangat dia namun dia sering kali dipermainkan kerana struktur badannya yang kecil..dia sering mengadu kepada ku bahawa dia juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan sambil menangis..aku adalah tempat dia berkongsi suka duka kehidupannya..

kini aku akan menceritakan mengenai kakak ku yang kedua..dia dipanggil kak ngoh dan bernama SITI NURARDAWIAH BINTI ZAKARIA..dia juga seperti
aku..ketika kecil kami tidak tinggal bersama keluarga kandung kami..kerana ibubapa kami adalah orang susah pada asalnya..namun dia menerima semua itu dengan hati yang terbuka..sekarang dia telah berusia 22 tahun dan masih di dalam pelajaran di universiti ternama di tanah air dalam bidang biologi teknologi..aku respek akan dia kerana dia selalu menjadi pelajar terbaik di mana saja dia menuntut..baru2 ini dia menerima anugerah dekan di tempat dia menuntut..

yang ketiga adalah aku..MUHAMMAD HILMI BIN ZAKARIA..aku digelar adik oleh keluarga ku kerana sebelum ibubapa ku mengambil anak angkat aku adalah anak bongsu didalam keluarga kami..idea mengambil anak angkat adalah idea aku sebenarnya kerana aku sunyi kerna aku seorang saja anak lelaki dalam keluarga aku dan aku menyatakan hasrat aku supaya ibubapa ku mengambil teman rapat ku sebagai anak angkat mereka dan mereka bersetuju dengan idea aku itu..aku kini berjaya seperti kakak-kakak ku jua..aku kini adalah seorang mahasiswa dalam bidang sains komputer di IPTA..aku amat terharu apabila ibuku memeluk rapat tubuh ku apabila aku dapat mengikut jejak kakak ku sehingga menitis air jernih dari mataku..

yang keempat ini dia lah teman suka duka aku..dia seorang saja yang mem
ahami aku kerana perangai kami sama dan minat kami juga sama..aku tidak kisah untuk berkongsi ibubapa dengan nya kerana dia sudah ku menganggap seperti darah daging ku sendiri..WAN MUHD AMIRUL IZAT BIN WAN ABD GHANI namanya..namun keluarga ku memanggil nya dengan panggilan dik jat kerana antara kami berempat dia adalah yang paling bongsu dan paling manja..dia kini sedang menuntut di politeknik dalam bidang petroleum..aku amat berbangga dengan nya kerana dia bermula dari seorang yang malas belajar tetapi dia dapat juga mengikut seperti adik beradik yang lain..begitu juga dengan keluarga ku yang lain..mereka turut berbangga kerana dik jat boleh berubah menjadi seorang yang matang dan berjaya..






Monday, January 25, 2010

Hidup Sebagai Pelajar

setelah lahir kita telah mula belajar secara kita tidak iaitu belajar bagaimana untuk hidup..pada masa itu kita telah belajar untuk meminta susu dengan menangis tandanya bahawa perut kita kosong..namun ramai yang tidak menyedari bahawa itu adalah salah satu dari pelajaran dalam hidup kita..kelahiran adalah permulaan pembelajaran bagi setiap manusia di muka bumi ini..aku juga begitu dan tidak terlepas dari semua itu..walaupun aku tidak sempat merakamkan setiap pergerakanku namun semua itu masih segar didalam lubuk ingatanku..aku dulunya mempunyai sejarah hitam dalam pelajaran namun aku bangkit untuk tidak terus gagal kerana aku adalah satu2 nya harapan keluargaku..pada awalnya aku tidak sedar betapa pentingnya pelajaran dalam hidup..setelah aku gagal barulah aku mengerti apa itu kaitan antara pelajaran dengan kehidupan seharian kita..

aku mendapat pendidikan awal sejak aku berusia 6 tahun dan itu adalah permulaan bagi aku untuk HIDUP SEBAGAI PELAJAR di sebuah tadika yang tidak jauh dari kediaman ku..aku mendapat pendidikan tersebut lewat dar
i teman2 ku yang lain kerana masalah keluarga..setelah selesai di pendidikan awal aku langsung dimasukkan ke sekolah rendah kerana pada masa itu aku dianggap pelajar paling pintar ditadika ku..aku ditempatkan di kelas yang agak kedepan dan aku tidak biasa bergaul dengan kanak2 lain kerana aku bukan jenis yang suka bergaul tetapi aku jenis yang pendiam dan kurang bercakap..setelah tamat pengajian ku ditahun satu..aku dipindahkan sekolah akibat kematian mak cik ku..aku sekeluarga terpaksa tinggal bersama keluarga mereka kerana anak2 nya masih bersekolah dan tiada tempat bermanja kerana bapa mereka terlalu sibuk dengan kerja..hampir setahun keluargaku tinggal bersama mereka kami pulang ke rumah kami kerana bapa mereka telah berkahwin dengan seorang janda dan kami merasakan bahawa kehadiran kami sudah tidak diperlukan lagi..aku dipindahkan lagi ke sekolah asal ku..

sekali lagi aku aku balik semula disekolah ku yang usang..aku mulai suka akan persekitaran nya yang dilengkapi dengan infrastruktur yang baru2..aku lebih dengan persekitaran ini kerana lebih banyak tempat yang aku boleh bersendirian..terdapat satu tempat yang aku suka lepak iaitu di hujun
g pagar sekolah kerana disitu jarang dikunjungi oleh pelajar lain kerana disitu terlalu jauh dengan bilik darjah namun aku selalu ke sana pada waktu lapang..bukannya untuk ponteng kelas..aku biasa nya akan termenung dan memikirkan sesuatu yang aku akan lakukan untuk masa depan..

setelah selesai disekolah rendah aku mendapat keputusan yang agak membanggakan..namun aku masih berpuas hati dengan pencapaian ku itu..ku disekolahkan di sekolah agama oleh orang tua ku..persekitarannya menyenangkan hati aku namun aku masih ditakuk lama iaitu ketua budak2 aku yang sentiasa mengikut jejak aku sejak aku mula berkawan dengan mereka..aku juga tidak sanggup berpisah dengan mereka..tibanya PMR semasa aku ditingkatan 3..aku mendapat keputusan yang memuaskan hati orang tua ku dan mereka berhajat menghantar aku ke sekolah tentera yang jauh dari tempat aku..

namuun aku tidak sanggup lagi berjauhan dengan keluarga aku itu dan aku gagalka
n diriku sendiri dalam temuduga untuk ke Maktab Tentera Diraja semata-mata kerana mereka..kemudian aku ditukarkan ke sekolah teknik yang berdekatan dengan kediaman aku..aku menjalani kehidupan yang baru setelah disekolah itu kerana kawan2 ku tidak dapat lagi mengikut ku kerana mereka tidak dapat memasuki ke sekolah tersebut..aku menemui kawan2 baru disini dan mereka semua nya mesra dan baik2 belaka..namun pembelajaran nya agak menyukarkan aku kerna kimia,fizik dan matematik tambahan membunuh ku..aku juga belajar benda baru disekolah itu kerana aku di aliran teknikal..aku tidak kisah samada aku mempunyai kawan ataupun tidak kerna aku cumalah mahu untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran ku buat masa itu..aku telah meminta bapa ku menjual motorsikal yang dihadiahkan bapa ku keika aku masih ditingkatan 3..aku mesti buktikan kepada orang disekeliling ku bahawa aku bisa berjaya tanpa ragu2..

kini aku telah buktikan bahawa budak nakal disini sekolah turut boleh berjaya dalam hidup mereka..kini aku adalah salah seorang mahasiswa di salah sebuah universiti yang ternama di tanah air..TIADA HALANGAN UNTUK BUDAK NAKAL BERJAYA CUMA USAHA ITU PENTING..

Sunday, January 24, 2010

Hidup Sebagai Si Kekasih

cinta itu buta orang dulu2 cakap betlu ke?aku kurang yakin dengan semua tu sebab cinta adalah untuk dicari bukannya ia akan datang bergolek pada kita..aku telah banyak melalui suka duka dalam cinta monyet aku dulu..ada suka..ada duka..namun aku still agi dapat hidup sampai ke hari ni..kalau kamu semua hendak bermain dengan cinta monyet janganlah ada perasaan serius dalam diri kamu terutamanya bagi kaum yang lemah iaitu perempuan,(gadis)..cinta monyet ni ada kalanya berpanjangan sehingga akhir hayat namun peratus yang berjaya seperti itu teramatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan peratusan yang tidak berjaya..aku post blog ni untuk kongsi dengan kamu semua pasal diri aku..

aku bukanlah contoh yang baik untuk kamu semua namun aku nak berkongsi beberapa petua dan pengalaman bersama kamu..aku ni bekas player dan aku jua pernah merosakkan anak dara orang namun semua telah menjadi sejarah hitam yang aku tidak dapat lupakan se
umur hidup aku..sejarah hitam masih menghantui diri aku..kerna semua masih sebati dalam diri aku..sedangkan semua itu telah aku tinggalkan untuk sekian lamanya..aku pernah berpacaran dengan seramai 26 org anak gadis sama ada yang sebaya dengan aku,lebih tua dari umur aku dan juga yang lebih muda dari aku..aku sendiri tidak dapat menerima nya namun semua itu telah berlalu..

kini aku telah mendapat seorang gadis yang cukup memahami diriku dan aku sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan diri nya..aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerna masih memberi aku peluang untuk berubah dan hidup seperti manusia biasa semula..aku tidak menyangka bahawa sekarang ini aku boleh hidup dalam keadaan yang bahagia sedangkan dulu aku sering mempermainkan hat
i dan perasaan gadis2..aku mendapat seorang gadis yang bertudung,sopan,lemah lembut,ayu,dan laian2..dia memenuhi segala ciri2 yang aku cari2 selama ini..dia adalah seorang yang penyayang..dia selalu menjaga hati dan perasaan aku apabila aku bersedih dia menemani ku dengan pujukan nya dan juga sokongan yang boleh membuatkan aku kembali tersenyum dan bersemangat..die juga seorang yang kelakar..melihat dia tersenyum pun boleh membuat aku nak tergelak..dengan gelagat mukanya..aku amat menyintai dirnya kerna aku telah berjanji pada diriku ku sendiri yang aku tidak akan agi mengulangi kesilapan ku terhadap perempuan yang ku sayangi ini..dia dapat merubah aku dengan sebaik nya..aku dapat menerima semua tegurannya dengan hati yang terbuka sedangkan teguran ibu ku ku endahkan..ku sedar bahawa sayangnya terhadap lebih dalam dari sayang ku kepada nya namun aku turut bimbang kerana semua ini berlaku pada usia kami yang terlalu muda..kami masih lagi penuntut di ipta namun aku telah sedia untuk menghadapi kebarangkalian yang akan berlaku antara kami..aku turut merasakan bahawa dia adalah satu2 nya gadis yang sanggup menahan derita semasa dengan diriku ini kerna aku adalah seorang yang panas baran dan juga kuat cemburu namun semua telah ku menjadi positif..

kami selalu berpesan antara satu sama lain tentang pelajaran kami..sebenarnya berpasangan ini boleh dianggap sesuatu yang positif..memang lah pada awal nya cuma membuang masa namun setelah sekian lama kamu akan merasakan berpasangan adalah sesuatu yang boleh memberi dorongan dan juga semangat bagi kita berusaha mencapai cita2 kita dengan lebih keras..hidup berpasangan ini lain dari hidup bujang kerna kita telah berkongsi hidup kita dengan pasangan kita dan kita juga akan mencuba sedaya upaya kita untuk menjadi yang terbaik untuk si dia dan juga keluarga..DENGAN ITU SECARA TIDAK LANGSUNG KITA MENDAPAT DORONGAN UNTUK BERJAYA..

Saturday, January 23, 2010

Hidup Sebagai Si Rempit

pada tanggal yang bertarikh 21 hari bulan jun dalam tahun 1991 tepat jam 4.40 petang,aku telah dapat menghirup oksigen dari luar perut mak aku buat first time..aku terasa tersangat aneh pada masa itu..aku tertanya-tanya dimanakah aku pada waktu itu..dunia itu terasa teramat bagiku(maklumlah baru lahir katakan)..aku tidak diingini oleh keluarga aku pada masa itu kerana mereka menganggap aku cuma lah akan menambahkan lagi beban kepada keluarga..sebaik saja aku berumur satu hari aku telah dihantar ke satu tempat yg diberi nama pantai cherating dan aku tinggal bersama nenek saudara aku disana..disana aku dibesarkan sehingga aku berumur 5 tahun..pada masa itu kawan2 sejagat aku yang telah bertadika..namun aku still agi bermain-main dipesisiran pantai(budak2 la katakan..namun,satu pagi tu aku terkejut melihat terdapat satu motokar besar yang tersadai didepan rumah nenek saudara aku itu..ku no idea siapa yang datang ke rumah orang tua tu..kebiasaannya tuan rumah akan datang memungut wang sewa di hujung bulan..takkan awal bulan pun dah datang nak pungut wang kot..setelah ku tiba di pintu depan yang ternganga luas tu,datang seorang perempuan yang berpakaian serba cantik macam bidadari bagiku sedangkan aku cume berseluar pendek yang dulunya hitam sekarang dah bertukar menjadi koko..wanita itu memeluk aku dengan eratnya tubuh ku yang cekeding sehingga aku sukar untuk bernafas..aku kebinggungan..sambil wanita itu memeluk aku,ku melihat nenek saudara ku yang ku anggap seperti ibu kandung menangis sambil menganggukkan kepalanya memberi isyarat bahawa wanita itu adalah ibu kandung ku..secara automatik aku menangis dan membalas pelukan erat wanita itu..aku terasa bahagia gila didalam pelukan itu..itulah first aku jumpa dengan ibubapa kandung aku..bapa ku jua ada pada waktu itu..aku terpegun melihat mereka kerna ku sangkakan ku tidak dapat berjumpa dengan mereka lagi..mereka membawa ku pulang ke rumah banglo mereka yang besar bagaikan istana bagi ku kerana aku dulu cuma tinggal didalam rumah yang menunggu masa untuk tumbang..aku bersyukur bahawa aku dapat pulang kepada keluarga kandung ku..aku mempunyai dua orang kakak..namun mereka menganggap aku seperti orang asing didalam rumah kerna aku baru saja pulang ke rumah setelah lima tahun..aku adalah anak bongsu dalam keluarga itu..

setelah beberapa tahun kemudian aku dihantar ke sekolah dan aku mula bergaul dengan budak2 bandar yang semuanya berpakaian kemas2..aku masih terasa ganjil bila bergaul dengan mereka(maklumlah budak pantai)..aku sentiasa bersendirian samada disekolah mahupun dirumah..namun aku adalah seorang yang aktif dalam sukan walaupun aku ni seorang yang pendiam..aku setelah aku menceburi bidang sukan aku mula menjadi semakin rapat sesama teman sekolah ku..aku juga seorang diantara budak bija
k didalam kelas ku(duduk dalam kelas belakang boleh la)..sejak dari semua itu aku adalah seorang yang suka bergaul sampai aku boleh jadi ketua samseng disekolah kami itu..tetapi dirumah aku masih seorang yang pendiam..kini aku disekolah menengah..kawan2 aku masih setia dengan aku..mereka mengikut aku kemana saja aku pergi..kami rapat bagaik isi dengan kulit..mereka adalah adik beradik aku diluar rumah..kami saling bantu membantu..jika salah seorang dari kami diancam semua antara kami turut terasa ancaman itu..kami selalu bergaduh dan selalu dipanggil ke bilik displin..kami selalu dirontang dan digantung sekolah..setelah ibubapa ku mengetahui perangai sebenar aku mereka tidak mempercayai semua itu kerna bagi mereka aku adalah seorang yang pendiam..pada suatu hari aku menjelaskan kepada mereka bahawa semua yang diperkatakan oleh guruku itu adalah benar semuanya..ibu terkejut dengan pengakuan ku itu..mereka memohon dengan baiknya aku berubah namun aku tidak nampak jalan pulang dan aku meneruskan perangai buruk ku itu..

dipertengahan persekolahan menengah aku mula mengusik pelajar perempuan namun aku ni pemalu dengan perempuan..aku mula bermain-main dengan cinta monyet..namun aku ini dianggap sebagai bohjan diantara kawan2 ku kerna aku sering mengorat mana2 gadis yang paling diingini lelaki disekolah kami namun aku masih boleh mendapatkan walaupun bagi orang lain teramat sukar untuk mendapatkan gadis tersebut..dia adalah gadis yang menjadi pilihan ramai lelaki namun tersungkur ketangan kepala gengster sekolah..ramai yang tidak dapat menerima kenyataan itu..setelah beberapa bulan kami bersama ku mulai terasa bosan dengan tingkah lakunya yang tidak padan dengan diri ku..aku merupakan pelajar yang paling guru benci namun pada ketika peperiksaan aku merupakan pelajar top 10 dalam sekolah aku..aku sering dituduh aku menipu ketika ujian..aku terima semua tuduhan dengan hati yang perit..aku teruskan lagi dengan gadis lain..namun ku tangguhkan dulu hajat ku itu kerna aku mula menggilai motorsikal apabila teman baik ku memiliki sebuah motorsikal hadiah dari bapanya..setelah selesai acara dise
kolah aku pulang memujuk bapa ku membeli motorsikal kepada ku..namun bapa ku tidak melayan tetapi dia memberi ku motorsikal kenangan nya yang selama ini ku tidak mengetahui kewujudan nya..

bapa memiliki sebuah yamaha RXZ..aku berasa teramat teruja pada waktu itu..disini bermulanya aku HIDUP SEBAGAI SI REMPIT..setelah selesai membasuh motor itu ku pergi menunjuk nunjuk pada kawan2 ku..mereka terpegun dengan kelakuan ku pada masa itu..aku teramat gembira pa
da masa itu..selepas beberapa minggu perangai berubah..aku terasa diriku semakin liar..aku kerap ponteng sekolah..melepak di kafe siber..aku juga mula merokok..aku sering keluar malam..sehinggakan pelajaran aku jatuh dengan mendadak..aku bingung dengan perubahan aku..aku memerlukan seseorang yang boleh membimbingkan namun semua dari kawan2 aku adalah sama seperti diri aku..aku pernah jatuh beberapa kali semasa melakukan aksi bahaya tapi aku tidak pernah akan semua tu..aku tetap teruskan juga kerna melakukan semua itu membuat aku tenang dan aksi itu boleh menghiburkan hati aku..aku turut menyertai sukan malam dengan mengambil upah sebagai penunggang ataupun lebih dikenali sebagai joki..aku juga mengambil upah didalam lumba haram..namun..aku tidak pernak dicekup polis kerna aku selalu nya mendapat info lebih awal daripada orang lain kerana member aku adalah seorang polis..

setelah selesai di sekolah menengah,aku menyambung pelajaran di ipta n aku terpaksa meninggalkan semua itu semata mata untuk pelajaran yang telah lama ku tinggalkan..REMPIT kita akan bertemu kembali satu hari nanti..