n ini..aku merupakan harapan mereka dan juga tanda kebanggaan mereka kerna aku adalah satu-satunya anak lelaki mereka yang asli namun aku mempunyai seorang adik lelaki angkat..aku mempunyai 4 orang adik beradik termasuk dengan adik lelaki angkat aku itu..2 orang perempuan dan 2orang lelaki..anak sulung ENCIK ZAKARIA di beri nama N
UR FAUZANA BINTI ZAKARIA yang kini di semester terakhir dalam bidang perakaunan di sebuah institut pengajian tinggi swasta yang jauh dari kediaman kami..kakak ku yang sulung ini adalah tergolong dalam golongan ORANG KURANG UPAYA(OKU) namun dengan semangat yang waja dia menganggap dia adalah sama seperti orang biasa..kuat sungguh semangat dia namun dia sering kali dipermainkan kerana struktur badannya yang kecil..dia sering mengadu kepada ku bahawa dia juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan sambil menangis..aku adalah tempat dia berkongsi suka duka kehidupannya..kini aku akan menceritakan mengenai kakak ku yang kedua..dia dipanggil kak ngoh dan bernama SITI NURARDAWIAH BINTI ZAKARIA..dia juga seperti
aku..ketika kecil kami tidak tinggal bersama keluarga kandung kami..kerana ibubapa kami adalah orang susah pada asalnya..namun dia menerima semua itu dengan hati yang terbuka..sekarang dia telah berusia 22 tahun dan masih di dalam pelajaran di universiti ternama di tanah air dalam bidang biologi teknologi..aku respek akan dia kerana dia selalu menjadi pelajar terbaik di mana saja dia menuntut..baru2 ini dia menerima anugerah dekan di tempat dia menuntut..yang ketiga adalah aku..MUHAMMAD HILMI BIN ZAKARIA..aku digelar adik oleh keluarga ku kerana sebelum ibubapa ku mengambil anak angkat aku adalah anak bongsu didalam kelu
arga kami..idea mengambil anak angkat adalah idea aku sebenarnya kerana aku sunyi kerna aku seorang saja anak lelaki dalam keluarga aku dan aku menyatakan hasrat aku supaya ibubapa ku mengambil teman rapat ku sebagai anak angkat mereka dan mereka bersetuju dengan idea aku itu..aku kini berjaya seperti kakak-kakak ku jua..aku kini adalah seorang mahasiswa dalam bidang sains komputer di IPTA..aku amat terharu apabila ibuku memeluk rapat tubuh ku apabila aku dapat mengikut jejak kakak ku sehingga menitis air jernih dari mataku..yang keempat ini dia lah teman suka duka aku..dia seorang saja yang memahami aku kerana perangai kami sama dan minat kami juga sama..aku tidak kis
ah untuk berkongsi ibubapa dengan nya kerana dia sudah ku menganggap seperti darah daging ku sendiri..WAN MUHD AMIRUL IZAT BIN WAN ABD GHANI namanya..namun keluarga ku memanggil nya dengan panggilan dik jat kerana antara kami berempat dia adalah yang paling bongsu dan paling manja..dia kini sedang menuntut di politeknik dalam bidang petroleum..aku amat berbangga dengan nya kerana dia bermula dari seorang yang malas belajar tetapi dia dapat juga mengikut seperti adik beradik yang lain..begitu juga dengan keluarga ku yang lain..mereka turut berbangga kerana dik jat boleh berubah menjadi seorang yang matang dan berjaya..








yang mane aku patut pilih?
ReplyDelete